Thursday, October 15, 2009

Jangan Main2 dengan Solat

Kawan-kawan, untuk renungan bersama. Saya tertarik dengan artikel ini kerana masa skrg, masih ramai org yang tidak mampu untuk melaksanakan solat sedangkan mampu membuat perkara2 yg lg berat dr solat. Sedangkan solat baru shj 5 kali sehari dan setiap waktu lebih kurg 5 min jerk kite solat. Akhir zaman makin muncul dan buatlah apa yg perlu dibuat. Kita tahu apa yg penting, ape yg tidak penting dalam hidup. Jangan terbalikkan dan sempurnakanlah sementara masih ada waktu.Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.Tanpa bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulit yang bersih, badan ramping dan roma mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Pintu diketuknya perlahan-lahan pelan sambil mengucapkan uluk salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya...telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati,” ucap wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.Mendengar herdikan itu, wanita itupun segera bangun dan berlalu dengan hati hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Baginya, ke mana lagi hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?”Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon keampunan kepada Allah s.w.t untuk wanita itu.Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tiada hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Manakala orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah s.w.t itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya.Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy


Boleh tak kita fikir,macamane kita nk score exam if kite hanya jawab 3 or 4 soalan daripada total 5 soalan dlm exam dan each soalan carries 20mark. Dah la coursework mark pun rendah.

Dan macamane kita nak mintak Allah redha kalo kita hanya tunaikan 3 or 4 waktu daripada 5 waktu solat sehari semalam? Dah la amalan2 laen pon kurang.


Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar

4 comments:

Amirul Asyraf said...

betul betul betul.... agreeable.. totally..

So guys, mesti solat penuh!! don't pretend you are 'in period.!!' kena sungguh baru tau... hee~

P/S: along, lawa gambar kat atas tu :P he3 hensem jugak ar, tengok r sape adik dia.. ha3 :P

arelong said...

hek leh demo tu amek air semayang jerk 4 jam, no solat awai guane,kekeke...err ensem betol doh, adik die xlehmasuk campur dlm hal2 ini ok,haha =P

John E said...

haha.. ade header baru.. nice2..

arelong said...

thanks bro..tp xleh lawan ko nye blog yg mantap n selalu update,haha aku pemalas =p

Post a Comment