It was almost a week my granny had passed away which I dunno either it was due to diabetis melitus or 'sakit tua' (May Allah laid her in peace and accept all her repentance). But what I know is that she suffered from this no 1 killer disease in Malaysia which we generally call 'kencing manis' before she died. She was two times admitted to the hospital in separate times, the 1st was when she had to undergo a surgery to cut off her left leg up to the knee and second admittion was because of the struck by 'nanah' until her right leg rotted badly until the moment she left us forever.
.......
Recently, my auntie(my mother's sister) was also warded at the same hospital due to the same disease! This is worser compared to my late granny as the whole limb(sampai paha) was cut off and nothing left. Two months lying in the hospital bed was not an easy life. Till this moment she was still detained there counting the time to go. Once I went there, she was crying..she said that she was really regret for not taking early treatment when the disease only attacked her toes. She didnt expect this to be worser until one day, she felt the whole leg like having paralysis and then immediately went to clinic to seek the medicine. Unfortunately, it was too late and what happened was, she lost one whole leg.
.......
Two of my close relatives who I love most had already been experiencing this and who else? I hope and I dont want others who I know suffer from this too. Since this is the most dangerous killer in our home country, I feel it is good to have some sharing on the diabetis melitus disease. Lets roll down...
The Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia
sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan
glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak
mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.
Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Diabetis terbahagi kepada:
- Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes
Mellitus Jenis I - Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes
Mellitus Jenis II
Tanda dan gejala:
Jangan biarkan diri anda diselubungi....diabetisssssssss (nada misteri nusantara)
Take early prevention measures, dont let it spreads until too late to do anything
Take early prevention measures, dont let it spreads until too late to do anything
- Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
o Kabur penglihatan.
o Penyakit kulit yang berterusan.
o Luka lambat sembuh.
o Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
o Kebas kaki. - Tanda-tanda lain termasuk:
o Dahaga.
o Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
o Letih dan lesu.
o Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
o Kelemahan otot.
o Kegatalan tanpa ruam.
Faktor-faktor risiko Diabetis:
Berlebihan berat badan / kegemukan. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif
- Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
- Peningkatan umur.
- Bangsa - Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
Tindak balas hipoglisemia
Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah), tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku kesan dari: pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.
Tanda-tanda hipogisemia yang pertama ialah:
- lapar
- berpeluh
- tidak dapat memberi tumpuan
- debaran jantung
- peningkatan keresahan
- loya
Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia
- Minum sedikit air buah-buahan
- Ambil 1/2 tin minuman ringan
- Ambil 2 sudu teh gula pasir
- Makan sedikit snek
- Ambil 7 biji kekacang jeli
- Gosokkan serbuk glukos ke gusi
Ubat makan untuk hipoglisemia
Terdapat 3 kumpulan utama ubat tersebut:
1. Sulfonylureas
Ia bertindak dengan meransang pengeluaran insulin ke dalam darah dan meningkatkan kemasukan gula ke dalam sel-sel. Dengan ini ia menurunkan paras gula dalam darah. Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit ialah loya, muntah, sakit kepala, pening. sakit abdomen. Sila maklumkan kepada doktor anda atau pegawai farmasi jika anda mengalami gejala yang dinyatakan itu. Ubat-ubatnya adalah seperti:
• Chlorpropamide (generasi pertama)
• Tolbutamide (generasi pertama)
• Glibenclamide (generasi kedua)
• Gliclazide (generasi kedua)
• Glipizide (generasi kedua)
2. Biguanides
Ia bertindak dengan meningkatkan pengaliran gula ke dalam sel-sel dan menyekat penyerapan gula (dari makanan) ke dalam darah melalui usus. Dengan itu, ia dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Kesan sampingannya adalah sama seperti Sulfonylureas. Ubatnya adalah seperti: Metformin
3. Penghalang Alpha-Glucosidase
Ia bertindak dengan menyekat enzim tertentu di dalam usus yang bertanggung jawab menyerap gula dari makanan. Dengan yang demikian, ia mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah melalui usus dan juga mengurangkan paras gula darah. Ubatnya seperti: Acarbose
Kesan sampingannya: kembung, cirit-birit (dalam kes ini, dosnya perlu dikurangkan atau dihentikan sama sekali), sakit abdomen, najis lembut.
Sila maklumkan kepada doktor anda jika mengalami gejala yang disebutkan di atas. Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat tersebut tanpa memaklumkannya kepada doktor anda!
Penjagaan Sendiri
• Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi
• Jangan mengambil snek di antara waktu makan
Komplikasi Diabetes
Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang.
Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.
Rawatan
Memilih tempat suntikan
Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit).
Cubitan
Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot. Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot.
Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit arthritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit. Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.
Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot. Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot.
Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit arthritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit. Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.
Tempat-tempat suntikan yang utama
Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza.
Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat, seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah:
Kelajuan penyerapan
Paha-perlahan Lengan -sederhana Abdomen -cepat Punggung -perlahan
As fasting month is just around da corner, it is good for us to take a look on the means of controlling our food or meals which we are going to take:
MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA
Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di bulan puasa:
(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek).
Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. Masa yang terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kira-kira 2 jam selepas berbuka puasa. Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.
Additional info for all guys,
Ujian Saringan untuk Lelaki
Adakah saya sihat?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak.
Apakah itu ujian saringan?
Ujian saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi memudahkan rawatan.
Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung.
Untuk menilai kesihatan fizikal, anda dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:
Kegemukan (Obesiti)
Tekanan Darah Tinggi
Kencing Manis
Paras kolesterol dalam darah
Mengapakah saya harus membuat ujian saringan untuk keadaan tersebut?
Penyakit jantung, angin ahmar dan kanser (barah) adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian.
Kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko yang utama untuk penyakit jantung dan angin ahmar. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan angin ahmar.
Bagaimana untuk membuat ujian saringan?
Bilakah saya perlu membuat ujian saringan?
Anda digalakkan mengikut panduan di bawah:
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Jumpa doktor anda. Semua klinik kesihatan kerajaan, klinik swasta, hospital swasta dan makmal swasta menyediakan ujian tersebut.
Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya ujian saya luarbiasa?
Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
Apakah yang harus saya buat lagi untuk memastikan saya sentiasa sihat?
Makan secara sihat - Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
Sentiasa aktif - Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan.
Tidak merokok - Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila rujuk doktor anda.
Menangani tekanan (stres) - Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.
Semakan Akhir : 28 April 2008
Source: portalMyHealth
Hah now, lu pikir la gune otak senirik ape perlu buat,hehe
^_*
0 comments:
Post a Comment