Saturday, August 15, 2009

SOYA KEMBALI LAGI!!

Tournament: FUTSAL FEVER CONVOFAIR 2009
Venue: UTP Court
Date: 15th-16th August 2009

Tanggal 15hb Ogos yakni seminggu sebelum puasa menjelma, terciptalah sebuah pasukan futsal yang terdiri drpd adunan beberapa pemain yang berasal dari negara bulu,negara gelap mahupun negara Malaysia itu senirik. Alkisahnya terbentuklah team yang dinamakan SOYA KEMBALI menggantikan nama yang sering digunakan dahulu, yakni AVATAR FUTSALE, AVATROUS mahupun AVATRAISUDIN.

Team yang dibarisi pemain2 final semester ini terdiri daripada Ahlong, Ahdan, Solehu, Lutfi, Matbunga, Haziq, Rais dan Amir Kela. Seawal jam 730pagi, tugas pertama bermula dengan mengejut beberapa pemain daripada tidur mati. Syukur diorg masih x mati sebelum hari pertandingan dan masih berpeluang untuk menyumbang kepada pasukan.
Jam 8 pagi, perlawanan bermula tetapi team SOYA KEMBALI hanya memulakan perlawanan pada pukul 9.15 pagi menentang team Happy Feet. Perlawanan yang dianggap pemanas badan ini menyaksikan kami menang hanya 1-0 hasil sepakan leret Ahlong dari sudut tengah kanan terus ke celah kangkang goalkeeper seterusnya menerjah jaring. Keeper pasukan lawan terpaksa blushing beberapa minit kerana menahan malu hasil kesilapan celah kangkang kera tersebut.

Misi seterusnya memburu kemenangan kedua menentang team Puaka( Ingat hantu puaka Niyang Rapik yg main, rupenye manusia jerk) dan SOYA KEMBALI terus mengukuhkan takhta liga dengan kemenangan 2-0 menerusi jaringan Soleh dan Rais. Gol-gol mereka boleh dianggap superb kerana kedua-dua gol dirembat dari tengah court dan goalkeeper pihak lawan terbeliak bijik mata sampai juling kerana tidak mampu menangkis kelajuan rembatan Soleh dan Rais yang hampir melangkaui 70km/j. Malah penyokong juga tidak kurang terkembang lubang hidung menyaksikan secara LIVE putaran bola yang melayang cantik masuk ke dalam gawang pihak lawan .

Penyokong di grand stand terkejut sampai terbukak baju melihat jaringan pemain SOYA

Perlawanan ketiga bertemu team Belasahan. Dah nama pon Belasahan, habis kitorg belasah 3-0 dengan Ahlong meledak 2 gol, diikuti Soleh dengan satu gol melalui rembatan yg sederhana sahaja lajunya, namun keeper begitu cuak ketika Soleh baru nak angkat kaki seterusnya membenarkan bola menyentuh jaring dan memberi kemenangan bermakna kepada SOYA KEMBALI. Tidak kurang sumbangan pemain-pemain lain seperti Ahdan,Haziq dan Amir Kla yg kebal di bahagian defensive menafikan setiap asakan lawan dengan penuh kudrat sehingga timbul urat keting. Matbung sbg goalkeeper utama boleh dianggap keeper terbaik kejohanan kerana menjadi satu-satunya keeper yg tidak pernah lobos atau bolos, cleansheet sehingga perlawanan suku akhir dan ini berjaya melanjutkan kontrak beliau dengan SOYA KEMBALI selama lagi 4 bulan. Credit juga to Ahdan kerana tournament kali ini tiada seurat pon bulu kaki gugur akibat geseran ketika sliding tackle. Lut pula sengaja tidak menjaringkan gol kerana begitu merendah diri dan baik untuk berbuat demikian. Ketiga-tiga kemenangan tersebut memberi kami peluang sebagai Champ group E. Perlawanan suku akhir berlangsung keesokan harinya bersamaan 16hb Ogos 2009

.........................

Jam 9pagi, team SOYA KEMBALI kembali semula ke court untuk knock-out stage ataupun pusingan kalah boleh mampus. Pusingan kedua menemukan kami dengan Trooper La Vida, pasukan yang baru bertapak di UTP. Akibat meminum white coffee Guarana Cappucino yang dibeli dari Azad Kadey, Ahlong melakukan siri amukan dengan menjaringkan 4 bijik dalam keadaan separuh sedar akibat sedikit ‘high’ manakala Soleh meledak 2 gol diikuti Ahdan 1 gol. Sebagai defender, Ahdan begitu berbangga mampu menyumbangkan gol untuk pasukan dan syukur gol itu bukan own-goal. Bgus Ahdan. Selasai perlawanan, kami mng mutlak 7-0.

SOYA KEMBALI (Putih) cuba merasuah ref sebelum perlawanan pusingan kedua bermula,haha

Kami ke suku akhir bertemu team UTP, Jacoba. Setakat ni team ni la local team paling power kt UTP. Namun semangat kami langsung tidak gentar kerana kami ade kuasa power root hasil pengalaman dan bakat terpendam dalam diri kami. Setelah perlawanan yg sungguh dashyat dan sengit, kami berjaya menang 2-1 menerusi kaki emas Haziq dan Soleh.


Separuh akhir menyaksikan kamu bertemu team foreigner, team Negro entah ape name aku dh lupe. Team Negro mengasak sejak saat pertama dan berjaya mendahului kami. Bagaimanapun kami bangkit dan Ahlong menyamakan kedudukan 1-1 hasil permainan one-two dgn Soleh seterusnya memanggang semangat kami untuk tidak menyerah kalah. Serangan bertali arus dijelmakan drp kedua-dua pasukan namun kami sekadar seri dan kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti. Rezeki ternyata bukan di pihak kami apabila akhirnya tewas 2-3 kepada Team Negro namun ttp berpuas hati kerana telah kami telah mempamerkan aksi terbaik di hadapan penyokong Negro mahupun penyokong Malaysia yang menyokong kami. Trimas!

Aksi Amir dan Soleh pada pusingan kedua

Ahlong terkangkang ketika cuba membuat skill malangnya x kesampaian

Akhirnya penentuan ketiga-keempat bertemu team Oren. Setelah mendahului 2-0, SOYA KEMBALI begitu relax dan santai sehingga pihak lawan bangkit untuk menyamakan kedudukan seri 2-2 sehingga tamat. Sekali lagi penentuan penalti dan kami menang 2-0. Akibat kalah, salah seorang pemain lawan mengeluarkan perkataan lucah berbunyi Bur*t sehingga ref sndirik menjadi emo lalu mengeluarkan sekeping kad berharga untuk pemain tersebut. Ini tidak bagus kerana menjejaskan mutu kesukanan futsal dan perpaduan 1malaysia yang telah diwarwarkan oleh Perdana Menteri kita snirik.

Perlawanan akhir antara pasukan Negro dan Pencinta Wanita berpihak kepada team Negro dengan kemenangan 3-1. Sebagai pulangan, kami memperoleh rm200 untuk dikerat kepada 8 org, syukur Alhamdulilah (nada iklan Bio Aura), hehehe. Credit to all players yg bertungkus lumus sehingga hitam+hangus+burn untuk memastikan team SOYA KEMBALI sukses walaupun memenangi hanya tempat ke-3. Papepun kite dh cube terbaik n KUDOS to all.

Team SOYA KEMBALI:

Iqmal(Matbung)-Goalkeeper

Ridzwan (Ahlong)-Midfielder

Rashdan (Ahdan)- Defender

Soleh-Striker

Rais-Striker

Lufti-Striker

Haziq-Defender

Amir-Defender

Trimas banyak2 buat penyokong yang sudi turun menyapot team SOYA KEMBALI dan mintak maaf kami x pat sapot korg dgn RM200 duit kemenangan kerana terlalu kecil nilainye,hehehe!!!


Bersantai di tepi gelanggang nan indah

Muke capek ditonjolkan Haziq dan Abg Lu

Ahlong menerima cash money for second runners up, jadik laa,hehee

Walaubagaimanapun, perjuangan SOYA KEMBALI tidak putus di sini shja, next target is Futsal KOSMO varsiti yang bakal berlangsung pada hari Selasa ini. Namun SOYA KEMBALI akan ditukarkan name kepada team BETOL-BETOL HO LIAOW sbg nama baru kerana betul-betul holiaow bermaksud 'mung maing betol2' dlm bhse terengganu, bakal digunakan sbg theme kepada pasukan!! Nantikan BETOL-BETOL HO LIAOW team di utp Selasa ini in MAN OPEN CATEGORY!!Yeah!!

9 comments:

Hazwan Arif said...

entry yg mmbanggakan diri sdiri..
haha
sedak doh rase..

bkpe header atas tu dok jd??

[Machiviet] Antz said...

kenangan sudey..
ak rase berbangga ngn korang,walaupon hanya se-sem dok skali..
hari2 ajak ak futsal,ak segan nk men,korang power,ak xlyak..
hahaha..korang mmg berbakat...berbaloi2 ak dtg dari jauh..haha

arelong said...

hazwan: haha yeke bgga diri senirik, dok lah sje jerk tu,xdop bgge2 pon..header tu aku x reti nk edit la, masih belajo g,hehe

Ant: sekitol sengal, ptot ko turun dr 1st game jdik cameraman kitorg,wakaka

sak8 said...

cte aa spe soya 2 along

arelong said...

soya tu adalah minuman kegemaran bulldog di miri,haa,huahua

John said...

hey along,

ade blog rupa2nye.. Didnt think you're the kind who would blog.. haha.. anyways cool2..

arelong said...

haha john, act u r one of people who inspired me to start blogging,i sumtimes read ur blog and it is kinda interesting,haha..anyway,keep on blogging coz it is very enjoyable job!!

John Emmanuel Edmund said...

along,

wa.. gila ar.. I've inspired you to blog.. (I'm proud2.. hehe..)cool2.. Hope you can do the same for others.. :)

arelong said...

haha sure dude!! when u r working soon, dont forget us and bile sampai UTP, belanje2 la satu team avatar,wahaha..gudluck bro!!

Post a Comment