Friday, August 21, 2009

::WELCOME BLESSING RAMADHAN::

AHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.r,


Ramadhan bulan ribuan rahmat menjenguk kita kembali. Kita patut bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Ya Rahman memberikan kita sebuah lagi kehidupan di Ramadhan. Entah berapa ramai umat Islam di luar sana yang telah pergi dan tidak menikmati Ramadhan meninggalkan kita selama lamanya dan mereka ini sudah di alam kubur ketika Ramadhan bertandang. Lihat sahaja rakyat Palestin yang begitu rakus dibunuh oleh rejim Zionis bahkan kanak-kanak dan wanita yang tiada upaya dibunuh, disembelih, didajalkan seolah-olah mereka ini umpama patung di gerbang malam Ipoh. Tidakkah kita bersyukur kita masih lagi bernyawa untuk singgah di Ramadhan ini. Ya kita bersyukur melainkan org2 yang masih kabur dan samar ape ertinya Ramadhan.
Rakyat Palestin berpuasa sambil berperang di bumi sendiri. Syukurkah kita berada di negara yg aman?


Cube kita jenguk seketika saudara-saudari seIslam kita di kawasan tepu kebuluran, di negara Afrika, Sudan, Timor Leste dan sebagainya, bagaimana mereka ini meraikan kedatangan bulan rahmat ini dikala kesengsaraan, kemiskinan, kebuluran malah kemelut politik pemimpin2 paradoks dan gila kuasa yang menjadikan mereka ini mangsa durjana keadaan. Kita di sini penuh dengan kemewahan, lambakan makanan cakap sahaja nk apa..kebab,nasi tomato, murtabak, jagung bakar, air tebu, nasi lemak ayam, nasi gam, nasi kandar dan pelbagai lagi, start enjin motor atau kereta terus ke bazar, semua ada! Itupun masih belum cukup, malah ada yang sengaja meninggalkan kewajipan berpuasa walaupun bukan ketika 'lampu merah'. Orang laki tak gune lampu2 ni.



Kebuluran: Isu WHO sendiri tidak dapat selesaikan

Kawan, cube kita memandang sekilas lalu anak2 yatim yang lupus kasih sayang ibu dan bapa, memberontak untuk disayangi sepenuh hati, hati mereka bergolak-golak mahu dicium, dipeluk,didakap, diusap dibelai sepertimana yang kita nikmati..terfikirkah kita bagaimana sekiranya kita kehilangan ibu bapa entah esok,lusa,mggu dpan dan bila2 masa. Pernahkan kita hargai mereka sejak dulu. Ambillah telefon, tekan nombor mereka dan berbuallah dengan mereka. Ucapkan Selamat menyambut Ramadhan dan saya sayang mak,saya sayang ayah,saya tak sabar nak beraya bersama2. Malu?? Ye silalah malu, entah Ramadhan akan datang anda mungkin tidak lagi sempat melafazkan perkataan2 itu kepada mereka kerana mungkin bil telefon anda dipotong, ataupun mereka pergi dahulu meninggalkan anda. Fikirlah.

Lupekan kejaaappp jerk hiburan yang lagha, dr terloncat loncat mcm beruk, baik bace Quran..Ramadhan sebulan je pon, make full use of it!



Kawan, kita semua gagah,kita kuat..kita ada masa, ada tenaga untuk Facebook, untuk ke Ipoh, untuk bermain Dota, untuk berdating, untuk berhibur di sana di sini, untuk turun bermain petang2, untuk ke mapley di lewat malam..tp kuatkah kita untuk melangkah ke masjid atau surau untuk terawih malam hari?untuk 5 solat fardhu? Gagahkah kita untuk mencapai Alquran dan membaca walaupun satu muka surat? Adakah masa untuk kita keluarkan beberapa sen untuk disedekah kepada insan yang sempit, manusia terhimpit? Saya pasti sedikit sahaja dari kita yang mempunyai 'kudrat' untuk bertindak begini. Kawan, sebulan sahaja Ramadhan muncul, tidakkah kita nampak apa kandungan di dalamnya? Sebulan sahaja, berhentilah apa yang perlu dihentikan dan berpestalah,bertemasyalah dengan pahala dan ibadah.


Sempena bulan mulia dan barakah ini saya sebagai kawan kepada semua kawan yang kenal atau tidak, ingin mengucapkan Selamat BerRamadhan dengan penuh tawaduk. Manfaatkan bulan ini. Ganjaran yang tidak bisa dilihat pastinya ada. Rebutlah fadilat dan ganjaran yang maha berlipat ganda, sengaja diberikan percuma oleh Allah kepada kita. Sebagaimana anda mengejar duit, sebegitulah anda perlu mengejar pahala Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan kita rahmat dan kekuatan. Wassalam


Bulan pose jgn nakal2 ye!!

..................

Renung2kan


"Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya." [Bukhari dan Muslim]

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”


Wassalam
ridzwan a.k.a arelong

0 comments:

Post a Comment